Sejarah Aksara N'Ko

Aksara ini dikatakan muncul hasil ciptaan seorang pedagang dan guru bernama Solomana Kanté pada tahun 1949 di Côte d'Ivoire[5] yang tercabar daripada suatu rencana akhbar dibaca yang menganggap kononnya bangsa Afrika bersifat tunabudaya kerana ketiadaan sistem penulisan asli Afrika pada ketika itu.[2][1] Sistem ini disebarkan melalui banyak penulisan ilmiah seperti sastera dan sains serta kamus[6] yang banyak dihadiahkan Kanté kepada banyak tetamu yang sebahasa dengannya dari serantau Afrika Barat.

Aksara ini pertama kali mendapat mesin taip direka khas dari Eropah Barat hasil hubungan pemerintah Guinea dengan Kesatuan Soviet pada tahun 1950-an.[7]

Ia mula diterapkan dalam sukatan pendidikan sekolah-sekolah swasta Guinea Hilir pada awal 2000-an.[8]